25 Tip Kuruskan Badan Kevin Zahri

1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing.
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang.

11-20: Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi.
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  7. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.

  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  3. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  4. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  5. Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  6. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.

5 Idea Nasi Berlauk Yang Sihat.

Nasi merupakan makanan ruji penduduk Malaysia. Nasi beras perang merupakan satu alternatif dalam menggantikan nasi putih dalam diet pemakanan seharian. Jika tiada nasi beras perang, nasi biasa boleh diambil tetapi dengan menggunakan portion yang betul, iaitu hanya 1 genggam sahaja. Ini adalah antara 12 menu yang boleh dijadikan sebagai panduan. Selamat mencuba!

1. Nasi bersama sup brokoli

Bahan

Brokoli
Kobis bunga
Kobis daun
Telur (5 bijik – 3 buang kuningnya)
Cili 1 biji potong sukahatimu
Halia 2 inci
Bawang putih 1 biji
Bawang merah 1/4 biji
Seasalt sedikit
Lada hitam (nak pedas letak lebey sket)

 

2. Nasi bersama sup ayam

Bahan

1 dada ayam di potong dadu
1 biji lobak merah potong dadu
1/2 biji bawang holland (dihiris)
3 ulas bawang.putih (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
3 biji cili api (jika suka pedas)
1 sup bunjut
Air secukupya
Garam bukit secukup rasa
Sedikit daun sup (di cincang)

 

3. Nasi bersama kerabu tomato

Bahan

Tomato
Ikan bilis goreng
Bawang kecik
Cili merah
Cili hijau
Cili padi
Daun pudina
Limau nipis

4. Nasi bersama salmon grill

Bahan

Ikan salmon perap
Serbuk cili
Lada sulah
Serbuk lada hitam
Garam
Bawang putih ketuk dan cincang halus
Olive oil
1 biji lemon

5. Nasi bersama ayam grill

Bahan

Dada ayam
garam
Serbuk cili
Serbuk lada sulah
Olive oil

6. Nasi bersama ikan grill

Bahan

Sepotong ikan
Serbuk cili
Sikit garam
Olive oil
Serbuk lada itam
Serbuk lada sulah
Sawang putih cincang halus

 

 

 

Diet pemakanan yang betul.

Berlapar atau tahan perut dari makan bukanlah amalan pemakanan yang betul dan akan memberikan kesan jangka panjang. Ketahui rutin dan cara pemakanan yang betul yang dapat membantu turunkan berat badan dengan sihat dan nampak kesan yang lebih baik.

Detox Pagi

Bermula jam 6 pagi setelah bangun pagi minum dahulu segelas air kosong, ini adalah kaedah detox semulajadi. Jika anda ada masalah susah nak buang air besar ini merupakan salah satu langkah yang boleh menyelesaikan masalah penghadaman ini. Air liur awal pagi mengandungi bakteria baik yang akan bertindak di dalam membantu membuangkan toksin dalam badan.

Sarapan

Nasi lemak telah menjadi sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebenarnya nasi lemak boleh diambil sebagai sarapan dengan cara yang lebih sihat. sebagai contoh nasi diambil 1 genggam sahaja.

Tetapi sarapan yang terbaik adalah dengan mengamalkan makan oat yang penuh dengan serat. Caranya sangat mudah dan mengambil masa hanya 5 minit sahaja. Hanya ambil segenggam oat dicampur dengan susu rendah lemak serta 3 biji kurma, satu sudu yogurt asli rendah lemak serta 1 biji pisang. Kisarkan semua bahan ini dan terus minum.

Selain itu cadangan sarapan lain adalah sandwich telur rebus. Hanya menggunakan 2 keping roti wholemeal biasa, sebiji telur rebus, dan juga sayur-sayuran.

Air Kosong

Air kosong di sarankan minum 6-8 gelas sehari ataupun 2 atau 3 liter sehari. Fungsi air kosong adalah untuk membuang toksin di dalam badan.

Air detox yang mudah boleh dibuat dengan mencampurkan air suam bersama hirisan lemon dan hirisan timun. Air detox berfungsi membantu masalah penghadaman. Amalkan sekurang-kurangnya 2 liter atau lebih.

Snek pagi dan petang

Jangan lupa untuk mengambil snek waktu pagi. Ia boleh diambil dalam jam 10pagi hingga jam 11pagi. Epal atau betik sangat sesuai untuk dijadikan snek pagi.

Begitu juga snek jam 3 petang hingga jam 4 petang, amalkan buah-buahan seperti tembikai atau buah epal hijau.

Makan Tengahari

Skip waktu makan tengah hari adalah bukan cara untuk mengamalkan diet yang seimbang, dan ianya juga boleh memberi kesan dalam jangka waktu yang panjang. Antara tips yang boleh diambil adalah segenggam nasi, lauk yang dibakar, dikukus, atau dipanggang. Elakkan lauk pauk yang bersantan dan bergoreng. Selain itu lebihkan sayur sayuran hijau atau ulam-ulaman segar untuk kelihatan awet muda.

Makan Malam

Makan malam juga merupakan satu perkara yang mesti diambil. Cadangan makan malam boleh diambil sebelum maghrib antara jam 6 – 8 malam. Tips mudah adalah sup ayam atau bihun sup. Ambil hanya 1 genggam bihun dan lebihkan sayur-sayuran.

Detox Malam

Selain resepi detox halia anda juga boleh mengamalkan cuka epal dan madu. caranya campurkan 1 sudu cuka epal dan 1 sudu madu dengan perahan lemon ataupun limau nipis. Minum sebelum tidur dan cuka epal dan madu ini bagus untuk dapatkan tidur yang lebih lena.

Apa Itu Kalori Defisit

Defisit Kalori, Kunci Utama Menurunkan Berat Badan

Langkah yang harus Anda lakukan jika ingin turunkan berat badan adalah defisit kalori.
Suka atau tidak suka, jika Anda memang berniat menghilangkan lemak di perut, maka Anda memerlukan defisit kalori.
Namun, kondisi ini juga bisa berakibat bahwa bukan hanya lemak yang terbuang, melainkan juga otot Anda.
Lalu, bagaimana cara terbaik yang harus ditempuh?
Salah satunya adalah dengan membatasi defisit kalori itu sendiri.
Defisit kalorinya sendiri berkisar antara 300-700 kalori per hari, tergantung dari berat badan Anda.
Jumlah ini cenderung lebih aman untuk membantu turunkan berat badan 0.5 – 1.5 pon (sekitar 0.2 – 0.5 kilogram) per minggu.

Menurunkan Berat Badan dengan Hitung Makronutrisi Anda
Setelah defisit kalori, menghitung makronutrisi adalah cara bijak untuk memangkas kadar lemak serta mempertahankan massa otot.

Karbohidrat dan lemak memang disarankan untuk dikurangi porsinya. Namun TIDAK untuk protein.
Konsumsi tinggi protein tidak hanya disarankan bagi yang ingin menambah massa otot (muscle building) saja, melainkan juga bagi Anda yang ingin memangkas lemak.
Protein membantu perlambat pencernaan dan dapat menekan pelepasan hormon nafsu makan. Hal ini tentunya sangat membantu Anda menghindarkan dari makan berlebih.

Seperti yang dikutip dari Bodybuilding.com, hasil penelitian menunjukkan bahwa konsumsi 0.8-1.25 gram protein per pon berat badan dapat membantu mengurangi penyusutan otot pada saat diet, terutama diet rendah kalori atau diet yang berkepanjangan.

Meskipun demikian, Anda juga masih bisa menjaga defisit kalori dengan mengurangi karbohidrat dan lemak atau kombinasi keduanya.

Kesalahan yang sering dilakukan bagi pelaku diet adalah memangkas asupan karbohidrat dan lemak serendah mungkin. Sebaiknya hindari ini.
Konsumsi karbohidrat yang sangat rendah dan dilakukan dalam waktu yang lama, justru dapat menekan metabolisme tubuh.
Tidak hanya itu, memangkas karbohidrat secara ekstrem dapat mengurangi energi yang tentunya bisa membuat latihan Anda tidak optimal.

Agar latihan Anda tetap maksimal, konsumsilah karbohidrat sebelum dan setelah latihan.
Hal ini dimaksudkan sebagai energi sebelum latihan, serta mengisi ulang energi yang habis setelah dihajar latihan yang keras.
Yang perlu diperhatikan juga adalah jenis karbohidratnya.

Karbohidrat sederhana menyebabkan lonjakan gula darah dan lebih mungkin untuk menyimpan lemak jika tidak segera dibuang. Karena itu, batasilah konsumsi karbohidrat jenis ini agar lemak yang terbuang sesuai dengan yang Anda konsumsi sehingga tubuh tidak menyimpan lemak dari karbohidrat.

Sebaliknya, karbohidrat kompleks merupakan karbohidrat yang dicerna dan diserap lebih lambat.
Lonjakan gula darah dan insulin tidak akan drastis dan memberikan energi yang stabil. Pastinya ini akan menjaga nafsu makan Anda.

TRY IT!! BEST OF LUCK !

Kredit: https://www.facebook.com/JerryNechemya/posts/223111608086780:0

8 Tip Mudah Diet Malaysia

Sejauh manakah kesediaan atau pengetahuan anda tentang diet yang sedang anda lakukan sekarang? Jika ya, perlu anda ketahui bahawa perkara asas yang perlu anda lakukan ialah memberi fokus kepada makanan yang anda ambil setiap hari di dalam plan pemakanan atau diet anda ini.

Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.

1. Menambah Karbo Selepas Senaman

Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda.

Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.

2. Jangan Tidur Ketika Lapar

Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.

3. Kitaran Kalori

Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?

Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini.

Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.

4. Lengkapkan Dengan Protin

Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.

Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda.  Pilih protin yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.

5. Jadualkan ‘Cheat Day’

Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.

Dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain.

Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.

6. Saratkan Dengan Serat

Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.

Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.

7. Kawal Pengambilan Minuman

Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.

Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya.

Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.

8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)

Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.

8 Tip Mudah Diet Malaysia

13 Jenis Pelan Diet Popular Di Malaysia

Adakah anda sedang berdiet sekarang? Apakah jenis pelan diet yang anda sedang amalkan sekarang? Diet ada bermacam-macam jeniskah? Ya, betul. Memang terdapat banyak jenis diet yang diamalkan oleh pendiet sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Untuk topik kali ini kami akan kongsikan kepada anda 13 jenis pelan diet yang popular dan biasanya dilakukan oleh rakyat Malaysia. Jadi, selepas ini bolehlah anda pilih dan tentukan mana satu jenis diet yang sesuai untuk anda ikuti. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita bersama.

1. Diet mengikut jenis darah

Diet berdasarkan golongan darah menunjukkan bahawa terdapat tindak balas kimia yang berlaku di antara darah dan makanan yang diambil. Setiap protein yang diserap tubuh, hanya sesuai dengan jenis darah tertentu sahaja.

Berkesankah? Teori yang agak popular untuk mengurangkan berat badan ini terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini kerana jika dilihat terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan berat badan selain jenis darah iaitu metabolisma, gula dan insulin dalam badan. Contohnya, dua orang yang mempunyai jenis darah yang sama mungkin mempunyai perbezaan dari segi keperluan metabolisme dan karbohidrat.

Pemakanan sihat tidak semestinya bergantung kepada jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

2. Diet seimbang

Diet seimbang atau “balanced diet” adalah diet yang disyorkan kepada kita sejak zaman persekolahan lagi. Diet yang membekalkan nutrien mencukupi kepada pengamalnya. Ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan daripada semua kumpulan makanan untuk fungsi sel-sel badan, organ dan tisu.

Bagaimana pula dengan kalorinya? Diet ini juga dikenali sebagai piramid diet dimana karbohidrat:protein:lemak nisbah kalorinya sebanyak 55-30-15. Kunci utama keayaan diet seimbang ini ialah pengamalnya merancang keperluan kalorinya seharian dan dapat membezakan saiz hidangan yang diperlukan secara sederhana.

Berkesankah? Memakan diet yang seimbang boleh meringankan masalah kesihatan termasuk masalah jantung, artritis, tekanan darah tinggi dan kolesterol. Badan yang seimbang dari segi mental dan fizikal boleh mengakibatkan kecergasan dan kekuatan yang lebih, membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat. Orang yang lebih aktif dan bertenaga juga dapat menangani lebih baik stress, trauma, kebimbangan dan lan-lain

Tapi, berhati-hati! Walaupun anda makan diet yang seimbang, pastikan anda kenalpasti keperluan kalori seharian anda. Kalau tidak, diet seimbang pun boleh menggemukkan.

hqdefault

 3. No rice diet

Diet ini adalah popular dilakukan oleh ramai orang di Malaysia yang menghentikan pengambilan nasi dalam pengambilan pemakanan seharian. Jika pengamalnya berjaya mengurangkan berat, ia adalah kerana telah melakukan kalori defisit dan bukan kerana menghentikan pengambilan nasi semata-mata.

Nasi tidak bersalah tetapi saiz hidangan nasi yang diambil menjadi faktor utama dalam pengawalan kalori seseorang. Menghentikan sesuatu nutrisi dalam pemakanan kita bukanlah sesuatu yang bijak dan tidak berkesan untuk jangka masa yang lama kerana nasi adalah makanan ruji orang asia.

4. Diet Dukan

Diet dukan adalah diet rendah karbohidrat dan tinggi protein. Tiada had berapa banyak yang anda boleh makan semasa plan empat fasa asalkan berpegang kepada kaedah-kaedah rancangan itu. Semasa fasa pertama, anda berada pada diet protein tanpa lemak yang ketat. Ini adalah berdasarkan kepada senarai 72 makanan yang agak rendah lemak dan kaya dengan protein seperti ayam, telur, ikan dan susu bebas lemak.

Perkara ini adalah untuk mengurangkan berat badan dengan cepat iaitu purata dalam masa lima hari. Karbohidrat adalah dilarang kecuali sedikit “oat bran”. Diet Dukan tidak seperti Diet Atkins. Pada fasa pertama Diet Dukan mengharamkan sayur-sayuran dan amat serius untuk menyekat lemak. Seterusnya pada tiga fasa yang lain mula beransur-ansur kepada beberapa buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat dan akhirnya semua makanan.

Tujuannya Diet Dukan secara beransur-ansur adalah untuk menghilangkan berat badan sehingga 1 kg seminggu dan untuk menggalakkan penurunan berat badan pada jangka masa panjang. Tiada had masa untuk fasa terakhir, di mana cuma melibatkan protein seminggu sekali dan mengambil senaman.

Pada permulaan diet mungkin mengalami kesan sampingan seperti nafas berbau, mulut kering, keletihan, pening, insomnia. Selain itu, seseorang akan mengalami kekurangan bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran pada peringkat awal diet di samping berkemungkinan besar boleh menyebabkan si pendiet itu sembelit.

Atkins-Diet

5. Diet Atkins

Diet Atkins adalah rendah-karbohidrat dan tinggi protein bagi menurunakan berat badan. Anda bermula dengan diet rendah-karbohidrat yang direka untuk “rapid weight loss”. Program ini harus dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu dan bergantung kepada berapa berat idaman anda. Semasa fasa ini, anda berada pada diet protein, diet lemak dan sangat rendah karbohidrat termasuk daging, makanan laut, telur, keju dan beberapa sayur-sayuran, mentega dan minyak.

Diet Atkins berbeza dengan Diet Dukan. Diet Atkins membolehkan lemak yang tidak terhad dan beberapa sayur-sayuran, seperti lada, timun dan salad semasa fasa pertama. Dalam tempoh tiga fasa seterusnya, penurunan berat badan itu mungkin menjadi lebih beransur-ansur dan senaman yang kerap adalah digalakkan.

Lebih banyak karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperkenalkan ke dalam diet anda dengan tujuan pengambilan karbohidrat yang ideal dengan anda bagi mengekalkan berat badan yang sihat untuk hidup. Fasa satu direka untuk membantu anda kehilangan sehingga 6 kg dalam masa 2 minggu, mengurangkan kepada 1 kg kepada 3 kg dalam fasa kedua.

Pada permulaan diet mungkin mengalami kesan sampingan seperti nafas berbau, mulut kering, keletihan, pening, insomnia. Pengambilan lemak tepu yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, manakala pengambilan protein yang tinggi pula boleh menjejaskan kesihatan tulang dalam jangka masa panjang.

diets-type

6. Diet Cambridge

Pelan Diet Cambridge adalah berasaskan kepada membeli dan makan pelbagai produk makanan tambahan dengan janji berat badan akan turun dengan cepat. Terdapat enam rancangan diet yang fleksibel dari 415kalori kepada 1500 kalori atau lebih dalam masa sehari, ini bergantung kepada matlamat berat badan idaman anda. Terdapat juga program pengurusan berat badan jangka panjang. Sup, bubur dan shake yang boleh digunakan sebagai sumber utama pemakanan anda atau bersama makanan biasa iaitu rendah kalori. Pada program ini, anda menerima nasihat dan sokongan mengenai pemakanan sihat dan senaman daripada Cambridge

Pada permulaan diet mungkin mengalami kesan sampingan seperti nafas berbau, mulut kering, keletihan, pening, insomnia, daya tumpuan akan terganggu malah ia melibatkan kos yang tinggi.

7. Diet Slim-Fast

Diet Slim Fast adalah diet rendah kalori dengan rancangan makanan gantian untuk orang yang mempunyai BMI 25 dan ke atas. Ia menggunakan pelbagai produk Slim-Fast. Pelan ini mencadangkan tiga hari makanan ringan dari senarai yang banyak, termasuk kerepek dan coklat. Dua makanan gantian shake atau bar dan satu hidangan tetap yang perlu diambil dari senarai laman web Slim-Fast. Anda boleh kekal pada diet selagi anda mahu bergantung kepada matlamat berat badan idaman. Setelah sampai, anda dinasihatkan untuk mempunyai satu makanan gantian iaitu shake pada setiap sehinga dua makanan ringan rendah lemak dan dua makanan yang sihat. Pelan ini direka untuk membantu anda kehilangan kira-kira 500 gram sehingga 1 kg dalam masa 2 minggu dan anda boleh mengikuti diet selagi anda mahu.

8. Diet Detox

Diet serat yang tinggi membantu megurangkan berat air dan toksin dalam badan. Teorinya, jika badan bebas toksin, badan akan berfungsi lebih baik. Terdapat pelbagai corak diet detox iaitu pengambilan kalori yang rendah dan pengambilan produk seperti pil, herba, enama dan lain-lain.

Ianya juga diet yang membolehkan berat badan seseorang berkurangan dengan cepat. Tetapi harus ditekankan di sini, pengurangan berat bukan kerana kehilangan lemak semata-mat tapi lebih kepada kehilangan air jugak. Kenapa air? Kerana badan kita tidak boleh menghadamkan serat yang kering dan keras. Jadi untuk membuangnya semula, badan terpaksa gunakan air yang banyak untuk “push it through” usus badan. Ianya adalah disebabkan kotoran di usus telah hilang. Oleh itu terdapat kesan sampingan apabila mengamalkan diet ini secara berterusan.

chicken-salad-rh-negative-diet

9. The South Beach Diet

Berdiet dengan cara ini akan mempengaruhi pola makan yang tinggi kandungan proteinnya, mengawal pengambilan lemak serta bebas daripada mengambil karbohidrat kompleks. Uniknya, diet ini dapat membantu melangsingkan tubuh tanpa rasa lapar, menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh, mengawal paras gula dalam darah di samping dapat mencegah daripada mendapat penyakit jantung. Namun, biasanya menu ini tidak banyak pilihan kerana ia hadir dalam bentuk produk tenusu termasuk daging.

10. Zone Diet

Diet ini yang menggabungkan pengambilan nutrisi yang terdiri dari 40% karbohidrat, 30% protein, dan 30% lemak dari jumlah kalori secara menyeluruh. Ia dapat membantu menurunkan berat badan secara efektif antara 2 hingga 5 kilogram seminggu dan menjadikan kadar insulin dalam darah tetap terkawal. Walau bagaimanapun, selain jumlah komposisi menunya yang agak rumit, jumlah karbohidrat yang hanya 40% sebenarnya tidak cukup jika anda melakukan rutin harian atau aktiviti yang padat, maka ini akan menyebabkan anda lebih cepat berasa letih.

11. Rawfood Diet

Diet ini pula kaya dengan buah dan sayuran dan biasanya makanan ini diambil secara  mentah atau setengah masak. Sayuran dan buahan diambil secara mentah adalah agar vitamin dan zat besinya kekal dalam memberi bermanfaat kepada tubuh. Kaedah diet cara ini bukan sahaja membantu menurunkan berat badan, malahan dapat memperbaiki struktur kulit lebih cantik dan sihat kerana banyak vitamin yang diperolehi daripada sumber ini.

12. The Cabbage Soup Diet

Kaedah diet ini adalah dengan hanya mengambil sup sayur seperti kubis selama tujuh hari berturut-turut di samping beberapa makanan lain yang rendah karbohidrat kompleks, protein, dan lemak. Berdiet dengan sup sayur sangat cepat hasilnya dalam menurunkan berat badan berbanding diet lainnya. Namun begitu,diet cara ini akan membuatkan pendiet cepat berasa lapar. Tambahan pula ia termasuk dalam kalori yang rendah sehingga memberi kesan kepada pengurangan vitamin dan mineral dalam tubuh. Akhirnya ia akan mendatangkan kesan sampingan seperti kembung perut, kurang bermaya, sering sakit kepala dan kadar konsentrasi yang kian menurun.  Jika anda masih ingin mencuba diet ini, disarankan agar mengambil suplemen tambahan seperti multivitamin dan mineral bagi menampung zat mineral badan yang hilang.

13. The Sugar Buster Diet

Diet cara ini adalah dengan mengambil karbohidrat kompleks dan makanan seperti ini akan menyebabkan anda rasa lebih cepat kenyang. Diet ini mampu menurunkan berat badan dengan cepat namun ia sebenarnya diet rendah kalori yang tidak seimbang. Jika melakukannya dalam waktu yang lama, tubuh akan menjadi kurang bertenaga dan mudah lesu.

Berdasarkan kupasan topik ini, rasanya tiada masalah sekiranya anda berhasrat untuk mencuba mana-mana diet asalkan ia mengikut kemampuan dan kehendak anda. Perkara penting ialah anda perlu faham asas-asas nutrisi terhadap mana-mana diet yang ingin diamalkan di samping ia bersesuaian dengan kehidupan anda yang lebih sihat. Perlu diingat sekiranya kalori diambil berlebihan, maka berat badan akan tetap naik dan tiada penurunan. Oleh itu, jadilah pengamal diet yang bijak dan berilmu daripada menjadi pendiet ikut-ikutan tapi hasil yang diperolehi akhirnya mengecewakan.

Kredit: http://www.diarikurus.com/13-jenis-pelan-diet-yang-popular-di-malaysia/

Low-carb BBQ Chicken Crust Pizza

Low-carb pizza crust made out of chicken? Better believe it.

TOTAL TIME:
PREP:
LEVEL: EASY
SERVES: 4

INGREDIENTS

  • 1 lb. ground chicken
  • 1 1/2 c. shredded mozzarella
  • 1 tsp. garlic powder
  • kosher salt
  • Freshly ground black pepper
  • 1/4 c. barbecue sauce
  • 1 c. shredded gouda
  • 1/3 c. sliced red onion
  • 2 tbsp. Sliced green onions
  • Ranch, for drizzling

DIRECTIONS

  1. Preheat oven to 400º and line a baking sheet with parchment. In a large bowl, stir together ground chicken, 1/2 cup mozzarella, and garlic powder and season with salt and pepper.
  2. Spray prepared baking sheet and your hands with cooking spray. Form chicken mixture into pizza “crusts”.
  3. Bake until chicken is cooked through and golden, 20 to 22 minutes. Remove from oven and heat broiler.
  4. Spread a thin layer of barbecue sauce on pizza crusts and top with remaining 1 cup mozzarella and gouda. Top with red and green onions and drizzle with more barbecue sauce.
  5. Broil until cheese is melty, 3 minutes. Drizzle with ranch and serve.

Kredit: http://www.delish.com/cooking/recipe-ideas/recipes/a52193/bbq-chicken-crust-pizza-recipe/

Kesihatan Dalam Islam

Tidak ramai yang memberi fokus kepada amalan kesihatan dan penjagaan tubuh badan sedang agama memberi perhatian yang serius. Kecenderungan ini dapat disaksikan sepanjang bulan Ramadan sedangkan Islam amat menitikberatkan kesihatan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal penganutnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksudSesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti menikmati tahap upaya badan yang benar-benar  baik dan selamat  disegi fizikal, mental, emosi, dan rohani secara  optimum sehingga  berupaya  mencapai potensi  dan matlamat kehidupan yang dipandukan agama.Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding dengan mukim yang lemah. Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kita diingatkan betapa bernilainya harga kesihatan.  Tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sedangkan ianya tidak dapat dinikmati kerana  keadaan diri yang tidak sihat akibat pelbagai penyakit berhimpun. Istilah  “sihat” merupakan anugerah dari Allah yang sewajarnya disyukuri. Anugerah ini mesti dipertahankan hingga keakhir hayat tetapi jangan sampai melekakan. Rasulullah SAW bersabda “  Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia\ iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang ” (Hadis riwayat Bukhari)

Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Kalau kita mempunyai masalah kesihatan bermakna segala urusan ibadat juga turut terganggu. Pernyataan tersebut berdasarkan Sabda Nabi  SAW yang bermaksud “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kaedah terbaik dalam penjagaan kesihatan ialah dengan menyediakan perisai pencegahan seawalnya. Namun apabila diserang penyakit, kita terpaksa juga  berikhtiar untuk menyembuhkannya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang. Ini bermakna mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubatinya. Kita diminta berubat apabila ditimpa penyakit  tanpa mengambil sikap membiarkannya.

Jangan sesekali  berubat dengan benda yang diharamkan agama.Rasulullah SAW  telah bersabda yang bermaksud ”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” ( Hadis Riwayat Abu Daud).

Dalam satu peristiwa,  orang Arab Badwi telah datang kepada Baginda Nabi dan mereka bertanya: “Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat?” Maka sabda Nabi : “Ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja.” Maka mereka bertanya, “apakah penyakit itu?” Sabda Nabi : “Penyakit itu ialah ‘tua’.”  (Hadis Riwayat Ahmad)

Seorang tokoh perubatan Islam terkenal, Abu Ali Al Hussain Ibnu Abdullah (Ibnu Sina) menyatakan bahawa “Tujuan perubatan ialah untuk memelihara kesihatan yang sedia ada dan  mengembalikan kesihatan ketika hilang”.

Dalam kehidupan seharian, kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dan juadah bagi memenuhi keperluan jasmani. Tujuannya untuk membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti harian. Keadaan ini begitu ketara di bulan Ramadan.  Makan hidangan secara berlebihan boleh memudaratkan badan. Al-Quran menjelaskan mengenai pentingnya bersederhana dalam soal makan dan minum sebagai panduan untuk kebaikan. Allah berfirman bermaksud: “Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31)

Sebenarnya, Islam sendiri mengakui  akan peri pentingnya menjaga kebersihan dan kesihatan  diri. Elakkan daripada berdepan dengan mereka yang mengidap penyakit bertujuan menghindarinya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Jika kalian mendengar ada wabak ta’un di sebuah negeri, maka janganlah kalian memasuki negeri tersebut. Dan jika ta’un itu mewabak di negeri kalian, janganlah kalian keluar dari negeri kalian untuk menghindari penyakit itu.” (Hadis Riwayat  Bukhari dan Muslim)

Dalam erti kata lain, Islam memerintahkan umatnya supaya berwaspada dan mengawal diri dari tempat penyakit berjangkit menular. Apatah lagi orang yang sedang sakit itu mendedahkan dirinya kepada masayarakat umum. Sehubungan itu, Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya “Tidak sepatutnya orang yang sakit mengunjungi (bergaul dengan) orang yang sihat ” (Hadis Riwayat Bukhari)

Sebenarnya, keselamatan dari ada hubungannya dengan tahap penjagaan kebersihan diri dan persekitaran, Pemakanan yang seimbang, perlakuan dan aktiviti fizikal termasuk senamam dan sukan yang bersesuaian, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam aspek kerohanian.

Firman Allah SWT “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.” ( Surah Al-Baqarah, Ayat 222)

Kebersihan memainkan peranan yang begitu penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit. Persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai jenis kuman pembawa penyakit ke kawasan tersebut. Sebab itu aspek kebersihan merupakan cabang keimanan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud  “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. ( Hadis Riwayat Muslim)

Disegi cara minum dan makan, Islam mempunyai tatacara yang jelas bagi mengelakkan kesan yang tidak baik  dari kebiasaan yang bertukar menjadi amalan. Walapun perkara ini nampak remeh namun natijahnya  sangat besar.

Islam melarang umatnya meminum air secara sekali gus atau terus-menerus di dalam satu bekas yang berisi air.  Sebaliknya sunat membaca Bismillah dan mengucapkan Alhamdulillah serta hendaklah diminum dengan dua atau tiga teguk.

Larangan itu berasaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Jangan minum terus-menerus seperti cara binatang minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk dan tiga teguk, tiga teguk. Dan baca bismillah apabila kamu minum dan baca alhamdulillah apabilaselesai meminumnya.”  (Riwayat Imam Al-Tarmizi)

Makanan yang disediakan juga hendaklah dipastikan kebersihannya, dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna. Jangan mengendalikan masakan makanan untuk juadah keluarga keluarga dan orang lain secara sambil lewa tanpa mengambil kira kesan dan risikonya selepas itu.

Makanlah sekadar  mencukupi asalkan dapat berdiri untuk bekerja kerana keadaan lapar juga boleh mematahkan semangat bekerja. Isi perut hendaklah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3  untuk makanan , 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasan sehingga jiwa menjadi baik dan bersih.

Rasulullah SAW bersabda “Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih mencelakakan dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri beribadah). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian, satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk bernafas.”( Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

                          Akal yang cergas berkait rapat dengan badan yang sihat. Badan yang sihat berkait rapat dengan amalan makanan dan pemakan yang seimbang. Perpatah Arab yang berbunyi `Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’
                       Bersukan bukanlah aktiviti yang asing bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan malah dalam al-Quran turut menggalakkan umat Islam untuk mempersiapkan kekuatan fizikal dan mental.

Antara aktiviti yang membantu kesihatan dan menjamin kecergasan badan  ialah berenang, memanah dan menunggang kuda. Aktiviti ini dicadangkan supaya ianya didedahkan kepada kanak-kanak lagi supaya menjadi kebiasaan untuk diamalkan dalam kehidupan merekaDalam hal berkaitan Rasulullah SAW  telah bersabda yang bermaksud “Ajarilah anak-anakmu memanah, berenang dan menunggang kuda.” (Riwayat Thabrani)

Perbetulkan tanggapan bahawa kekuatan tubuh  adalah disandarkan kepada banyaknya makan tetapi yang sebetulnya pengambilan yang seimbang menjadi faktor pembinanya. Mengambil makanan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap adalah lebih baik berbanding dengan makan makan yang banyak secara sekali gus. Hidangan  sewaktu berbuka puasa adalah cabaran yang menjadi realitinya.

Rasulullah SAW bersabda “ Barang siapa yang berada dalam keadaan badan yang sihat, aman dalam penghidupannya dan memiliki makanan seharian yang cukup maka seolah-olah dunia ini miliknya.” ( Riwayat at Tirmizi)

kredit: http://wahdatulummah.blogspot.my/2011/09/islam-mementingkan-penjagaan-kesihatan.html